Sabtu, 5 November 2011

contengan jalanan

bismillahirrahmanirrahim
zahirkan fikrah tetapkan hati....

after such a lot of thing....arghh,finally!
dapat juga ana nak conteng2 skit kat sini
alahai....macam mana nak mula nih!!!

okey2,[cool..cool...]
baru-baru nih baru habis lawatan MaUTaDi
pegi selangor,perak dan cameron highlands
dan baru habis jugak tugas ana jadik bendahari lawatan nak settle duit yg berjuta2 tuh ~cewah~
main2 je...hadoi teruk ana kena ngan muallimah an sbb bendahari lapok lah.... kuno lah... ade ke patut wat akaun guna kertas kajang je...x pro ah!
apepon terimakasih Allah sbb bg ana peluang rasa kesusahan itu
pernah ana rasa nak pergi pantai nak menjerit ketensionan
dan terimakasih muallimah dan sesiapa je yg tolong ana...
sbb ana dah rasa advanced skit menguruskan duit sekarang (jgn riyak bley tak?)
first time kot nampak ana berkerut dahi dlm meeting!
~semuanya mengajar ana utk lebih matang drpd dulu( not 100% lah)~

dalam bas ana dok sorang2 kat satu kerusi,
satu kerusi lagi kat sebelah ana ada orang duduk jgak [???]
x faham ker?
maksudnya ada orang laa...dan orang nya adalah anis afifah lg...
(dah 2x nama dye masuk blog ana)
as suasana lawatan lain...dok dlm bas mmg 90% akan tidur
bila celik mata dah sampai shah alam...
then,kendiri dulu...
pastu pergi lah hi-5 bread town, otw nak gi sana pon ana tidur lg..huhu
pastu jiwa ana dapat rasakan driver bas tu brake...and the bus pon stop lah,
dlm keadaan mamai tu ju'a mika dtg kat ana dan kata kak ain accident....

ke-panic-an melanda... kenapa ju'a kata kemalangan itu meragut nyawa
ibu dan adik kak ain??
ana bak kilat memancar di malam hari pun terus menelefon
abang yg perkasa bertanya akan kebanaran khabar tersebut
dan ab membenarkannya...

ana terkejut sangat2....tapi.....
ana kena settle duit utk masuk hi-5 bready towny tuh dulu!
ish....kacau je!
dalam kilang tu jgk ana dptkan cerita yg lbh lanjut...
huh....siapa sangka kan...? ujian tuh datang sekelip mata je...
baru semalam ana cakap ngan kak ain, hari ni dah ada kat wad...

(gambar last kak ain B4 that kemalangan)

siapa dapat ramal kuasa tuhan,kan?
tp Allah bukan nak seksa sapa2 tp sbb Allah sayangkan kita!
untuk kak ain,
ujian datang tak terduga dek akal,
tapi kamu menanggungnya kerana kamu MAMPU menanggungnya
smoga dapat ikhlaskan hati dgn pemergian mereka
dan jgn sedih2 lg sbb kami sentiasa ada untukmu...

then,
kami pergi muzium SAS....shah alam
hadoi...bkn taknak cerita tp ada cerita yg lg best bila keluar dr muzium tuh,
kami SESAT...YEAY!
kami jalan jauh sangat keliling bangunan muzium tuh
dah macam org yg nak kira ukurlilit bangunan
JaaUuuHhhh......o0O sangat!
haish....battery dah nak habis nih! kena refill lah!
alhamdulillah.......baru semangat skit nak cari bas....
jalan punya jalan....last2 jumpa jgk bas kami,fuh!

wassalam



Jumaat, 14 Oktober 2011

Last Year


bismillahirahmanirrahim,

KHAMIS 13/10
second day periksa final ...
3 paper terus, kejam! nasib baik boleh tembak.
BI 1, BI 2, Sej 1....bab sejarah ni lah ana lemah sket
dah la last, dlm kepala pikir nak balik je...
akhirnya muallim pon kutip kertas sejarah....(doakan ana A)
balik sekolah kol 3.30pm
then....siap2 nak balik rumah,ummi cakap nak amek pukul 4.30


tp kan ada budak penyibuk nak sewa rumah ana 2 hari
budak itu adalah Anis Afifah......hihix
time2 last sebelum berangkat pulang....jeng3
warden2 kami pon sibuk nak drive balik Kuala Berang
pastu suruh org snap2 gambar plak
alahai warden kita ni...
takpe2.....biar ana amek gambar.
yelah...nak wat macam mana,
dua2 nak resign jadik warden thn depan
sorang nak kahwin, sorang nak dok rumah sewa,
(boleh lah sape2 sponsor peti ais) haha...gurau

apepon,
i wish the best for both of you
"thank you for the hard, stressfull, tired, patient, and meaningful process called
PARENTING"...........you my parent (second one actually)
~all the best fiddunia wal akhirah~


Ahad, 2 Oktober 2011

lupa nak cakap


bismillahirrahmanirrahim

accum!!...
haish dah berhabuk blog aku...siap ada sarang tikus lagi
patut la jiran2 blog aku asyik komplain pasal aku dah biarkan blog ni berHANTU!
sebenarnya aku lupa nak cakap yang aku ni sakit...
aku ingat nak berehat jap setahun,
tapi sekarang aku dah sehat so insya-allah aku dah boleh tengok2kan blog ni balik
lagipun aku punya adek ZahraAzman (klik kat nama dye klu tak caye cakap aku,tengok sendiri blog dye) rajin sket bab mengemas blog nih,
tunggu je lah yer...n_n

tapi kan,
bala baru dah datang
tahun depan i;m SPMians, so kena struggle lebih
takot bertambah 2-3 inci habuk kat sini
takpe rakan2 blogger kan supportive!!(??)

ape pon minggu ni adeq2 PMR tengah berjuang
Chaiyok ah!!
budak 95 dah hadapi benda tuh sekarang time korang plak!
Happy Fighting!
alah....9 subjek tuh sikit jer, mesti boleh buat punyer!
yg penting skor Bahasa Arab tau! Nanti menyesal tak sudah...

Aku tahu lah sebab aku ade pengalaman!

P/s: kata ganti diri 'aku' agak kasar utk digunakan,
ni testing jer ni.....guna 'ana-anta' lagi best,kan?

wassalam


Jumaat, 18 Mac 2011

help laa....


hidup adalah satu hakikat yang dijalani oleh setiap insan,
namun bergunakah hidup itu jika tak memberi pelajaran kpd kita?
jesteru itu Allah menjadikan hidup kita tidaklah seenak yg kita mahukan,
tp tidaklah terlalu berat dr kemampuan diri kita,
begitulah
selepas gelapnya malam, datangnya mentari
selepas hujan, datangnya pelangi
jangan sedih dan risau selagimana kita tak lupa kpd Allah.
teruskan bergantung harap pada-Nya
-itu lebih baik-

sekurang-kurangnya kita diuji dgn kesusahan
ini lebih mudah utk mengingatiNya
drpd kta diuji dgn kemewahan (makenisma dunia)
mmg mudah lupa diri

pendek je post ni

khas buat sahabat
"jgn mudah jatuh dan jgn sengaja menjatukan diri,
sedih plak tengok ...... rasa nak tolong tp tak mampu!
harap hari2mu tak lekang dr petunjuk-Nya
supaya kamu tidak lari jauh dr landasan sebenar
sekalipun diuji seberat manapun..."

wassalam

"apa yang membuatmu sedih
dan apa yang bisa kulakukan
agar kamu merasa lebih baik?"


Sabtu, 26 Februari 2011

aku.tunggu



dunia.... bukalah mata kalian luas2,
tengok! tengok! tengok!
bagaimana mesir.....
bagaimana tunisia....
bagaimana libya....
bagaimana jordan.....
BAGAIMANA?

dimana rakyat bangkit menuntut keadilan,
atas kekejaman pemimpin,
inilah yang ditunggu sebenarnya!
inilah janji Allah
bahawa ISLAM akan bangkit
dan jatuhnya kebatilan yang menguasai.
dan janji Allah itu pasti

jadi muslimin,
pastikan kita juga bangkit!

"Allah takkan mengubah sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya"

lihat palestin....
mengapa jadi begitu???
sebelum kita tengok ISRAEL...
sebenarnya ada bangsa diorang sendiri yang
menjatuhkan palestin,
bersekongkol dengan israel...
demi keuntungan dunia.

dan janganlah kita sendiri menjadi sebab
jatuhnya ISLAM nanti...
terlalu mengagumi orang2 kafir,
menyokong usaha2 mereka,
bahkan MEMBERI SUMBANGAN kepada mereka!

lagipun....
hidup kita sendiri sekarang dikelilingi pengaruh2 orang kafir
pendidikan sekular,
riba' berleluasa,
undang2 sivil,
dan banyak lagi....

jadi nak diam lagi ke sekarang???




new song from maher zain
and not recorded yet....!
exclusively sang at Stadium Melawati last night!

*wassalam*

Jumaat, 18 Februari 2011

Penat diBahu!!

bismillahirrahmani rahim

lama dah tak menatap objek yg petak, berat, besar dan hampir dimiliki oleh semua orang ni....
almaklumlah kan.... budak hostel!
insha-allah tahun dah tak keluar pasal PMR dah banyak2
karena itu masa silamku
jadi kita proceed je dgn celoteh2 seterusnya sbg budak form 4 plak,
bila dah 'tua' sikit ni
jd banyak kerja la sikit jawabnya (bkn mo0d mengeluh)

especially bila kena handle M*UT*D*
YA AllAh,
salurkan kekuatan,
tingkatkan keyakinan,

insha-allah ada banyak hikmahnya...
1.Ditarbiyyah untuk mentarbiyyah (bak kata mlmh. An)
2.Mentarbiyyah org adalah mentarbiyyah diri sendiri.
sama-samalah berubah!

memang rasa Penat diBahu
dan harapnya penat ini adalah saham ana diakhirat
kerana ana bukan setinggi bintang dilangit,
bukan seindah pelangi,
hanya insan biasa....

Doakan kejayaan ana untuk 'bermuamalat' mencari saham di akhirat kelak.




*wassalam*

Sabtu, 25 Disember 2010

Alpa...

fuh...lega...
akhirnya semua pon dah selesai...
result PMR dah keluar,
maka berakhirlah...
penantian yg menyeksakan ini...!!!
~redha~
itu sahaja yg mampu diungkapkan...
walaupun masih kecewa tp
kena bersyukur juga dengan pemberian ini...
kita hanya mampu menerima takdir ni....
setelah semua usaha kita keluarkan..
tetap Allah yg mengatur segalanya!

-.yakin.-
inilah suratannya...
kalau terlebih atau terkurang,
mungkin membawa "padah"

macam ubat la...
kalau kurang nanti tak sihat,
kalau lebih nanti mabuk pulak..
gitulah...
SEIMBANG

apepon...
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
Thank you Allah
4 everything..

*wassalam*

Khamis, 16 Disember 2010

Ghodul Basor

ish~
sebenarnya dah banyak kali cakap pasal tajuk ni...
tapi ntah ...rasa tak puas hati je...
nak p0st jugak...(mo0d deGil)


jadi Ghodul Basor ini adalah meruapakan
satu istilah dalam islam dan bahasa Arab...
yakni jika kita tukarkan kepada bahasa melayu
akan memberi maks0d...
~Menundukkan Pandangan~
secara istilah nya pula pula ialah
menundukkan pandangan antara lelaki dan perempuan ajnabi
UNTUK MENGELAKKAN DATANGNYA
ANASIR2 JAHAT DARI PIHAK SYAIT0N..

jadi sudah terang lagi ber-spotlight disitu
bahawa islam mengajar kita cara hidup yg sebenar..
ISLAM bukan pada solat dan puasa semata2
malah ISlaM adalah cara hidup kita...

Ghodul Basor juga tak dispesifikasi kpd 1 pihak sahaja...
iaitu samada lelaki atau perempuan,
TETAPI
kedua-duanya sekali mesti menundukkan pandangan mereka
sebab bak kata2
cendiakawan melayu dulu2
"dari mata turun ke hati..."

tapi ingat!!
TAPI INGAT!!!
ingat!!!
INGAT!!!

nak menundukkan pandangan pon biar lah bertempat
jgn la 0ver sangat nnti tak pasal2
terlanggar tiang letrik!
sapa susah?? saya jugak... sbb saya yg tulis post ni!

antara situasi yg memang kena gh0dul bas0r...
mestilah kalau kat tempat yg tinggal dua org je...1 lelaki, 1 perempuan
macam gamba kat atas tuh..
kat BuS sT0p tuh...(faham??)

dan satu lagi..(buat wanita)
nak menundukkan pandangan pon jgn lah tersipu-sipu malu sangat
macam wanita malaya terakhir..
tegas la sikit ye :]

jadi konklusinya...
TunDuk PandanGan,
mAruAH teRjaGa,
ZiNa DijauHi...
ALLAHUAKHBAR!!!

*wassalam*


23

23 disember
tarikh tu...
tarikh bersejarah utk PMRians,
tapi....
betul ke 23 disember??
ntah...




okay,
kalau dah confirm tarikh tu,
tak pe la
takde apa yang special pon pasal tarikh tu atau post ni,
(ehem...)
cuma nak luahkan rasa cuak ana je!
apapon...
All the best!
mengharapkan yg terbaik dari Allah kerana hanya Dia tahu
apa yg terbaik untuk diri kita...
petikan kata2 ayah ana dulu...
"I will not be dissapointed if I failed knowing that
I have tried my best...."

"Life must go on...turning back is not the best solution,
but looking forward without 'taking' the past is useless"

chaiyok deh....

*masih bingung....*
*wassalam*

Selasa, 7 Disember 2010

IBU>>>

pernah tak kita terfikir sebenarnya apa yg seorang ibu lakukan yg kadang2kita sendiri
TAK MAMPU LAKUKAN???
ana ada terfikir beberapa pengorbanan mereka
yg kita kekadang tak mampu lakukan....
*ana senaraikan*

1.cakap kepada kita bhw dia sayangkan kita
*oh, kita mungkin boleh lakukannya tapi
ibu boleh hentikan tangisan kita hanya dengan menyebut "mak sayangkan adik".
kita?? apabila ibu dipanggil kesekolah kerana diberitahu bahawa kita telah
melakukan kesalahan, adakah dengan menyebut "saya sayang mak"
dapat menenangkannya?

2.mengambil berat tentang kita.
tentang apa yg kita makan, apa yg kita pakai,
adakah kita sudah makan, berjaga malam ketika kita sakit,
adakah kita cukup tidur...
tapi kita?? begitukah dengan ibu??

3.gelak untuk lawak yg kita buat sekalipun ianya tak lawak

4.memuji hasil kita walaupun ia tak sehebat mana!
lukisan yg comot pon dipanggil lukisan bertaraf 5bintang.
"hebatnya,anak mak!"

5.tak letih melatih kita melakukan sesuatu yg kita mahu
dan tidak pernah mengatakan bahawa kita tidak akan berjaya
melakukannya sebaliknya "lama-lama nanti pandaila".
contohnya:
ajar naik basikal
ajar mewarna
dan sebagainya...

6.menghormati pandangan (point of view) kita
tentang apa yg kita nak jadi,
apa yg kita pikirkan tentang kawan kita
dan sebagainya...

7.menyimpan rahsia kita dengan baik selagi ianya pekara yg baik
setelah menjadi pendengar yg baik kepada semua luahan
hati dan perasaan kita......

ehem,
sebenarnya banyak lagi yg ana tak mampu nak senaraikan
so,
sayangilah ibu anda.
berpalinglah sejenak dan pandanglah wajah ibu anda,
bila-bila antum rasa sibuk dengan itu ini, dengan peperiksaan,
ingatlah juga ibu antum,
kerana mungkin peperiksaan boleh diulang sekiranya gagal
tapi
IBU kita tetap SEORANG...
tiada pengganti

hargailah nikmat Allah ini!

*wassalam*

Sabtu, 20 November 2010

Khamis, 16 September 2010

BerkorbanlahDenganIkhlas

al-baqarah:262

"ORANG-ORANG yang membelanjakan hartanya pada jalan (agama) Allah,
kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu
dengan perkataan membangkit-bangkit (pemberiannya) dan tidak pula
menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi) , mereka beroleh pahala
di sisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik)
terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita"

Setiap kita pasti pernah berkorban. Berkorban untuk atau demi sesuatu yang kita cintai, yang kita sucikan.

Seorang ayah, dia pasti mencintai anaknya, seorang ayah juga pasti mencintai istrinya, dia jelas berkorban demi anak istrinya. Keluar memeras keringat, banting tulang demi anak dan istri, ini adalah pengorbanan.
ini berat, kerana walau sehebat mana kita berkorban, kalau tidak bersandarkan kepada Allah semata-mata maka pengorbanan itu tidak dikira oleh Allah!


Kitalah yang memilih apa yang kita cintai dan apa yang kita utamakan, sedangkan yang lain kita korbankan.Kalau kita memilih Allah sebagai yang utama maka kita harus korbankan yang selebihnya....
sebagai fitrah....mak mana yang sanggup melihat anak mati dimedan pertempuran...kalau boleh nak hidup ngan si anak sampai bila2...tapi jika dia menjadikan Allah sebagai yang utama maka dia akan bergembira jika anaknya syahid dijalan Allah.

Para Nabi datang dan menjelaskan, “Wahai manusia, pengorbanan yang kalian persembahkan seharusnya untuk Allah SWT………..”
Allah berfirman, “Kalian tidak akan mendapatkan kebaikan (Birr) sampai menginfaqkan, mengorbankan apa yang kalian cintai.”


“Engkau tidak menemukan kaum yang beriman kepada Allah dan hari kiamat yang mengasihi orang-orang yang menentang Allah SWT dan Rasulullah, walaupun orang tersebut ayah kandung, anak, saudara atau keluarganya sendiri. Allah telah mematri keimanan di dalam hati mereka dan mereka dibekali pula dengan semangat. Allah akan memasukkan mereka ke dalam syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, mereka akan kekal di dalamnya. Akan menyenangi mereka, di pihak lain mereka pun senang dengan Allah. Mereka itulah perajurit Allah, ketahuilah bahwa perajurit Allah pasti akan berjaya.”
(Al-Mujadilah: 22)

Sabtu, 11 September 2010

domino theory



orang yang berguna akan memberi manfaat kpd orang lain...
sama macam kita
kalau kita sampaikan ilmu buat orang lain dan orang tu sebar2kan pula pada orang lain
kita akan memperolrh pahala yang berganda2
sama macam toeri domino
satu impak akan menggerakkan yang disekelilingnya
cuma
apakah impak yang kita sampaikan memberi kesan positif kepada yang lain atau sebaliknya?
salah satu drpd 10 muwasafat tarbiyyah ialah 'bermanfaat kepada ummah'...
contoh paling senang RASULULLAH,
baginda sampaikan kalimah agung 'tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah'
daripada khadijah,para sahabat,muhajirin,ansor sampailah 2/3 dunia
dan kalimah itu terus bertakhta sampai kehari ini...
jadi apa yang kita nak sumbangkan???
adakah kita ...DOMINO (theory) ????

raya lagi!!

At my hometown right now, Alor setar ,Kedah
cuma nak wish SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN

KEPADA:
semua muslimin dan muslimat dimana sahaja kalian berada
terutama sahabat sejihad ana yg akan menduduki PMR 2 minggu je lagi lepas cuti raya,
guru2, warga al-amin, dan semuanya.

tak sure lagi balik bila....tapi
mmg bnyk dugaan bila nak study kat kampong ni....waaa!!!
doakan lah kejayaan kami :)

itu jee....
pendek je post ni
CHAIYOK PMRians...